BERITA SEKOLAH
GMT+8 07:46

Sejarah Sekolah

Presentation1

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) telah dibina berdasarkan kouta pelajar yang melebihi kehendak semasa. Pada dasarnya kawasan ini dahulu adalah status tanah pertanian yang dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Apabila perumahan telah dibina di kawasan sekitar kawasan ini di biarkan kosong dengan cadangan untuk membina sebuah mini stadium untuk kemudahan orang ramai. Namun hasrat itu terpaksa dikuburkan kerana sekolah yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai, maka dari situlah tertubuhnya sebuah sekolah baharu yang dinamakan Sekolah Menengah Seksyen 24(2).

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) mula beroperasi pada 1 April 2003 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 9 Jun 2003. Encik Shamidi bin Kosiran merupakan perintis yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran, selaku Penolong Kanan dan dibantu oleh Puan Hashimah binti Hussin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid .Tuan Pengetua, Puan Meriam binti Husin telah menjawat, jawatan Pengetua SMK Seksyen 24(2) pada 28 Ogos 2003.

Kaunselor sekolah pada ketika itu adalah Encik Mohd. Azman bin Abas dan Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah, manakala guru seramai 25 orang dan bilangan pelajar 442 orang. Sekolah ini menjalankan persekolahan satu sesi sahaja memandangkan jumlah pelajar yang tidak ramai.Pada tahun berikutnya, 2004 jumlah pelajar telah meningkat kepada 754 dan jumlah guru telah bertambah 18 orang. Calon sulung PMR juga telah dilahirkan pada tahun yang sama.

Sekolah ini mempunyai 5 blok utama iaitu A,B,C,D dan E. Blok A merupakan blok urusan pentadbiran dan bilik-bilik khas seperti bilik guru, mesyuarat, kaunseling, kesihatan, peperiksaan, perpustakaan, makmal komputer, dan bilik siber. Blok B pula terdiri daripada Makmal Sains, Makmal Biologi, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Bahasa Inggeris, Bilik Geografi dan Sejarah serta Bilik Multimedia. Manakala blok C dan D menempatkan kelas-kelas menengah atas dan juga menengah rendah.
Sehingga kini telah banyak kejayaan diraih seusia dengan kesungguhan dan komitment semua warga kerja dan seiring dengan moto, visi dan misi sekolah ini.
Untuk tahun 2022 SMK Seksyen 24(2) mempunyai 127 orang guru dengan dua sesi persekolahan dan kelengkapan kelas sebanyak 52 buah kelas.

2019 Powered By ICTSonic 3.0